fb fb fb fb fb

Zelensky minta Perancis tambah pertahanan udara

Foto Arkib

KYIV, 12 Oktober - Ukraine meminta bantuan Perancis bagi menambah bantuan sistem pertahanan udara dan peluru berpandu bagi menangkis serangan Rusia yang kian meningkat.

Gesaan itu diutarakan presidennya Volodymyr Zelensky ketika dunia dikatakan teralih perhatian terhadap isu lain.

Dalam satu panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Zelensky berkata beliau telah memaklumkan mengenai keperluan tersebut.

“Saya telah berbincang dengan Presiden Macron dan menjelaskan keperluan kami terutamanya sistem pertahanan udara dan peluru berpandu. Rusia kini mengambil kesempatan ketika dunia sedang memberi tumpuan kepada Timur Tengah dan isu politik dalaman di setiap negara,” kata Zelensky dalam hantaran di Facebook.

Rusia dilaporkan mengebom rangkaian tenaga Ukraine selama beberapa hari berturut-turut, menyebabkan ratusan ribu rakyat Ukraine terputus bekalan elektrik.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN