fb fb fb fb fb

Zelensky mahu “tindak balas lebih tegas” terhadap Rusia

(FOTO AFP)

KRAMATORSK, 9 April- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mahu pemimpin dunia bertindak balas lebih tegas susulan serangan peluru berpandu Rusia di stesen kereta api timur Ukraine, membunuh 52 orang.

Kalangan yang terbunuh termasuk lima kanak-kanak.

Stesen kereta api itu menjadi lokasi penduduk berkumpul untuk melarikan diri bagi mengelak menjadi mangsa peperangan.

“Ini satu lagi jenayah perang dilakukan Rusia dan setiap orang yang terlibat harus bertanggungjawab,” kata Zelensky menerusi mesej video, merujuk serangan udara pada Jumaat.

“Kuasa dunia memang sudah mengecam serangan Rusia di Kramatorsk. Kami berharap tindak balas lebih tegas atas jenayah perang itu,” tambahnya.

Dalam serangan di wilayah Donetsk itu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menuduh Rusia bersembunyi disebalik serangan kejam itu manakala Perancis menyifatkan sebagai “jenayah kemanusiaan.”


(Mayat mangsa serangan selepas stesen kereta api di Kramatorsk
wilayah Donbass di bom pada 8 April 2022/AFP)

Sumber kerajaan di wilayah itu memaklumkan, serangan menyebabkan sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh termasuk lima kanak-kanak.

Zelensky pula melaporkan 300 orang cedera dalam serangan itu yang disifatkannya sebagai “kejahatan tiada had.”

Katanya, serangan udara itu telah dilaporkan di Rusia sebelum peluru berpandu itu mengenai sasaran dan meminta lebih banyak bekalan senjata untuk menentang pencerobohan Moscow.

“Saya pasti kemenangan Ukraine akan tiba dan saya akan melakukan apa sahaja untuk menghentikan serangan, tambak Zelensky.

Wartawan AFP melaporkan, ada melihat sekurang-kurangnya 30 mayat dibungkus plastik di stesen kereta api berkenaan. -AFP

 

 

Media Baharu