fb fb fb fb fb

Zelensky mahu jumpa Putin, demi perdamaian

Foto REUTERS

KIEV, 24 April- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sekali lagi bertegas mahu satu pertemuan diatur dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin dalam usaha untuk menamatkan perang.

Jelas Zelensky kepada media, siapa yang dahulu mulakan peperangan, hanya dia sahaja yang boleh menamatkannya.

Beliau turut menambah tidak takut untuk bertemu Putin sekiranya ia akan membawa kepada perjanjian damai antara kedua-dua negara.

Sejak awal, Ukraine telah bertegas untuk mengadakan perbincangan demi menyelesaikan konflik dengan cara diplomatik.

Zelensky turut mengulangi amarannya bahawa mereka akan memutuskan rundingan jika Rusia membunuh tentera Ukraine yang tinggal di pelabuhan Laut Hitam Mariupol yang terkepung.

Menurut beliau, kali terakhir mereka berhubungan dengan askar Mariupol adalah sejam yang lalu.


(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky/REUTERS)

Media Baharu