fb fb fb fb fb

Seorang maut, tiga cedera gempa bumi di Bosnia

SARAJEVO, 23 April - Seorang wanita maut dan sekurang-kurangnya tiga lagi cedera selepas gempa bumi berukuran magnitud 5.7 melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat.

Gempa bumi berlaku kira-kira pukul 11.07 malam waktu tempatan itu turut menggegarkan Balkan termasuk Crotia, Serbia dan Montegegro.

"Seorang wanita berusia 27 tahun ditemui di bawah runtuhan selepas batu besar dari cerun bukit runtuh menimpa sebuah rumah di Stolac.

"Susulan gempa itu mangsa sudah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital," katanya.

"Sementara itu, tiga mangsa mengalami kecederaan di kepala dan ada yang lain dirawat bagi kesan calar dan tangan terseliuh ketika melarikan diri dari rumah semasa gempa bumi berlaku.

"Ada mangsa turut mengalami kecederaan ringan di kepala akibat objek terjatuh atas rumah dan mereka dibenarkan keluar wad selepas menerima rawatan," katanya.

(Gempa bumi turut menggegarkan Balkan termasuk Crotia, Serbia dan Montegegro semalam/FOTO Twitter)

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud pada 29 Disember 2020 di wilayah Petrinja, berhampiran ibu kota Croatia, Zagreb, mengorbankan tujuh orang dan memusnahkan ratusan bangunan dan rumah.

Pada Mac 2020, Zabreb dilanda gegaran 5.3 yang menyebabkan kerosakan besar.

Pada November 2019, lebih 50 orang terbunuh di Albania akibat gempa bumi 6.4 skala Richter yang turut menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal. - AFP

Media Baharu