COLOMBO, 24 April- Sri Lanka sedang mencari pelabur yang boleh membawa masuk lebih AS$2 bilion dolar Amerika ke dalam bank pusat.
Menteri Kewangan, Ali Sabry berkata dalam beberapa bulan akan datang keadaan akan menjadi lebih sukar buat rakyat negara itu.
Memetik laporan agensi berita Xin Hua, Ali berkata keadaan semakin getir dan Sri Lanka perlu menarik pelaburan dalam dolar Amerika Syarikat ke dalam bank pusat.
Tambahnya, kerajaan sedang berbincang dengan beberapa negara untuk mendapatkan dana berkenaan secepat mungkin.
"Jika usaha itu berjaya dan wang masuk ke bank pusat, ia akan membantu menghentikan kejatuhan nilai dan menstabilkan mata wang rupee," kata kenyataan itu.
Minggu lalu, kerajaan Sri Lanka memutuskan untuk menangguhkan sementara pembayaran balik semua hutang sehingga ia mempunyai program penstrukturan semula hutang yang teratur dan konsensual yang disokong oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
(Foto REUTERS)