fb fb fb fb fb

Menganggap pilihan raya kali ini amat penting, rakyat Perancis di AS dan Kanada tidak lepas peluang

AMERIKA SYARIKAT, 24 April - Rakyat Perancis di Amerika Syarikat dan Kanada berpusu-pusu ke tempat mengundi pada pusingan kedua Pilihanraya Presiden Perancis.

Ia dilakukan pada Sabtu sehari sebelum pengundian di tanah air mereka.

Lebih 130,000 ekspatriat Perancis berdaftar untuk mengundi di Amerika Syarikat manakala lebih 100,000 di Kanada.

Pada pusingan pertama hanya 30 peratus pengundi yang layak di daerah mengundi Washington yang turut melibatkan lima negeri berdekatan.

Bagi seorang pengundi dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya pada pusingan pertama yang diadakan dua minggu lalu namun berpendapat pusingan kedua adalah lebih penting.

(Pusingan kedua Pilihanraya Presiden Perancis)

Pada pusingan pertama pengundi Perancis di Amerika Syarikat memilih Emmanuel Macron dengan margin besar berbanding Marine Le Pen.

Di Montreal, Kanada pula lebih 67,000 warga Perancis didaftarkan untuk mengundi di bandar berkenaan.

Macron dan pencabar dari parti sayap kanan Le Pen telah melancarkan kempen yang cukup getir.

Ramai berpendapat keputusan undi dijangka lebih sengit berbanding ketika mereka bertembung lima tahun lalu.

Media Baharu