fb fb fb fb fb

Zelensky lancar platform dana awam untuk bantu Ukraine menang perang lawan Rusia

(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada sesi taklimat di Kiev/AFP)

KIEV, 6 Mei - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada Khamis melancarkan platform dana awam global untuk membantu Kiev memenangi perang menentang Rusia dan membina semula infrastruktur negara itu.

"Dalam satu klik, anda boleh menderma dana untuk melindungi pejuang kami, untuk menyelamatkan orang awam kami dan untuk membina semula Ukraine," kata Zelensky dalam bahasa Inggeris dalam video di laman Twitternya, ketika melancarkan platform United24.

(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam bahasa Inggeris dalam video di laman Twitternya)

"Setiap derma penting untuk kemenangan," katanya.

Sembilan minggu selepas pencerobohan Rusia, bandar-bandar Ukraine telah mengalami kemusnahan yang besar.

"Semua dana akan dipindahkan ke bank negara Ukraine dan diperuntukkan kepada kementerian yang berkaitan," kata Zelensky.

Menurut beliau, kerajaannya akan memberikan kemas kini "setiap 24 jam" tentang cara wang itu digunakan.

Pemimpin Ukraine itu menyeru masyarakat awam di seluruh dunia supaya membantu Kiev mengalahkan Moscow.

"Hanya bersama-sama kita mempunyai potensi untuk menghentikan perang dan membina semula apa yang telah dimusnahkan oleh Rusia."

Beliau berkata Ukraine akan sentiasa mengingati sumbangan mereka. -AFP

Media Baharu