fb fb fb fb fb

Empat angkasawan kembali ke bumi setelah 6 bulan di ISS

WASHINGTON, 6 Mei- Misi Kru-3 melibatkan empat angkasawan yang dilancarkan SpaceX berlepas ke bumi pada Khamis setelah 6 bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Kapsul 'Crew Dragon' Space X yang membawa tiga angkasawan NASA warga Amerika Syarikat iaitu Kayla Barron, Raja Chari, Tom Marshburn dan seorang angkasawan warga Jerman dari Agensi Angkasa Eropah (ESA), Matthias Maurer.

Mereka dijangka mendarat di bumi iaitu di Florida pada pukul 12.43 tengah malam Jumaat selepas 23 jam perjalanan.

Mereka meninggalkan kumpulan daripada Kru-4 yang terdiri daripada seorang angkasawan Itali serta masing-masing tiga angkasawan dari Amerika dan Rusia.

Sebelum berlepas, Marshburn telah menyerahkan perintah stesen kepada penggantinya iaitu Oleg Artemyev dari Rusia.

Menerusi misi di ISS, Kru-3 telah melaklukan ratusan ekperimen sainstifik termasuk menanam cili di angkasa, meneroka bagaimana konkrit mengeras di angkasa dan pemantauan Bumi.-AFP


(Angkasawan dari Kru-3 , Kayla Barron, Raja Chari, Tom Marshburn dan Matthias Maurer/NASA)

Media Baharu