fb fb fb fb fb

Ribut pasir, lebih 1,000 orang awam dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas

FALLUJAH, 6 Mei- Lebih 1,000 penduduk Iraq dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas susulan ribut pasir yang melanda negara itu.

Pihak berkuasa turut menggesa penduduk untuk berada di kawasan tertutup.

Antara wilayah yang terjejas seperti Baghdad, Al-Anbar dan Kirkuk.

Hospital di Al-Anbar melaporkan peningkatan pesakit dengan lebih 700 pesakit berkaitan pernafasan.

Di wilayah tengah Salaheddin pula melaporkan 300 kes manakala di wilayah tengah Diwaniya dan Najaf masing-masing merekodkan kira-kira 100 kes.

Kebelakangan ini, Iraq terdedah kepada perubahan iklim, menyaksikan jumlah penerimaan hujan rendah dengan peningkatan suhu ke ketahap paling tinggi.

Para pakar turut menyatakan ancaman faktor berkenaan akan menyebabkan bencana terhadap sosial dan ekonomi negara itu.

Bank Dunia turut memberi amaran kepada Iraq yang bakal berdepan penurunan 20 peratus sumber air menjelang 2050 akibat perubahan iklim.-AFP


(Ribut pasir yang melanda kawasan Fallujah, Iraq/AFP)

Media Baharu