fb fb fb fb fb

Maklumat risikan AS bantu Ukraine bunuh Jeneral Rusia

WASHINGTON, 6 Mei- Amerika Syarikat sudah menyerahkan hasil risikan mengenai unit Rusia yang membenarkan Ukraine menyasar dan membunuh Jeneral Rusia.

Pegawai Ukraine berkata mereka sudah membunuh kira-kira 12 jeneral, satu jumlah yang mengejutkan penganalisis tentera.

Bantuan tersebut adalah sebahagian daripada usaha pentadbiran Biden menyediakan maklumat risikan perang kepada Ukraine.

Ini termasuk jangkaan pergerakan tentera Rusia mengenai pelan perang sulit Moscow bagi pertempuran di wilayah Donbas.

Amerika memberi tumpuan untuk menyediakan lokasi dan butiran lain tentang ibu pejabat tentera Rusia yang sering berpindah-randah.


(Orang awam mula berdemonstrasi susulan tindakan perang Rusia dan Ukraine/Syot layar Fail AFP) 

Tentera Ukraine menggabungkan maklumat lokasi itu dengan maklumat risikan mereka sendiri untuk melancarkan serangan meriam dan serangan-serangan lain.

Amerika menegaskan ia akan memberi segala bantuan untuk memastikan kemenangan Ukraine dan tidak takut dengan tindakan balas Presiden Vladimir Putin.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov memaklumkan dalam satu operasi melibatkan unit artileri, berjaya membunuh 600 orang tentera Ukraine.

"32 unit meriam, lima depoh peluru, 403 kubu, kawasan tumpuan kakitangan dan peralatan ketenteraan serta 51 kedudukan artileri Ukraine. Seramai 600 tentera dan 61 unit senjata dan peralatan ketenteraan telah musnah," kata Konashenkov.

Tambahnya, ia turut memusnahkan kelengkapan penerbangan di lapangan terbang Kanatovo dan gudang penyimpanan senjata di Mykolaiv. -AFP

Media Baharu