fb fb fb fb fb

Paxlovid diyakini membantu kurangkan risiko kematian akibat COVID-19 - FDA

WASHINGTON, 6 Mei- Pil antiCOVID-19 Paxlovid dapat membantu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital untuk penyakit berkaitan COVID-19 dan boleh didapati secara meluas di farmasi di Amerika Syarikat.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika, terdapat bukti saintifik Paxlovid mampu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian pesakit COVID-19 ringan hingga sederhana dan yang berisiko menjadi lebih serius.

"FDA membenarkan penggunaan Paxlovid pada Disember 2021 untuk rawatan COVID-19 ringan hingga sederhana pada pesakit dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas," lapor AFP.

Walaupun bilangan kemasukan ke hospital akibat COVID-19 menurun mendadak sejak awal 2022, sesetengah pesakit berisiko tinggi masih perlu dirawat di hospital.

Rawatan awal dengan Paxlovid dan terapeutik lain yang dibenarkan atau diluluskan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit menjadi lebih teruk.

Minggu lalu, Naib Presiden Amerika, Kamala Harris turut diberikan Paxlovid selepas disahkan positif COVID-19.


(Foto REUTERS)

Media Baharu