fb fb fb fb fb

Zelensky cadang dua kewarganegaraan kepada warga asing

Volodymyr Zelensky/REUTERS

KIEV, 22 Januari- Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengumumkan draf undang-undang bagi membolehkan warga asing yang berjuang menentang Rusia di negara itu untuk menerima dua kerakyatan.

Perkara itu menyebabkan beribu-ribu warga asing membantu menghalang tentera Moscow kerana cuba merampas kawalan negara berkenaan dan menjatuhkan kepimpinan Ukraine.

"Sukarelawan asing mengangkat senjata untuk mempertahankan Ukraine, semua memperjuangkan kebebasan Ukraine seolah-olah ini adalah tanah air mereka," kata Zelensky dalam hantaran di media sosial.

Zelensky mengumumkan cadangan undang-undang baru itu secara rasmi membenarkan dua kewarganegaraan.

Zelensky juga berkata beliau telah menandatangani dekri bertajuk "On the Territories of the Russian Federation Historically Inhabited by Ukrainians," tanpa memberikan butiran lanjut.

Dokumen itu bertujuan memajukan "pemulihan sejarah demi masa depan Ukraine."

Kiev juga menyaksikan ribuan rakyat dari beberapa negara bertempur bersama-sama pasukannya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI