fb fb fb fb fb

Zelenskiy yakin kekuatan bersama AS, Eropah paksa Rusia ke meja damai

Volodymyr Zelenskiy, Presiden Ukraine

WASHINGTON, 18 Ogos - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy yakin kekuatan bersama dengan Amerika Syarikat dan rakan Eropah akan memaksa Rusia menghentikan perang.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di platform X selepas tiba di Washington untuk pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin.

“Saya berterima kasih kepada @POTUS (Trump) atas jemputan ini. Kita semua berkongsi keinginan yang kuat untuk menamatkan perang ini dengan cepat dan berkesan.

Saya berharap kekuatan bersama dengan Amerika, dengan rakan-rakan Eropah, akan memaksa Rusia kepada keamanan sebenar,” katanya.

Menurut kenyataan White House, Trump dijadual mengadakan pertemuan dengan Zelenskiy pada tengah hari Isnin.

Trump turut dijangka menyertai mesyuarat pelbagai hala bersama pemimpin Eropah yang berada di Washington pada sebelah petang. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN