KIEV, 6 September – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy melawat sebuah kilang elektronik milik Amerika Syarikat (AS) di Mukachevo, wilayah Zakarpattia, yang rosak teruk akibat serangan peluru berpandu Rusia pada 21 Ogos lalu.
Turut hadir ialah Pemangku Kuasa Usaha Sama Kedutaan AS di Ukraine, Julie Davis.
Menurut pegawai Ukraine, kilang Flextronics yang menghasilkan peralatan rumah tangga itu menjadi sasaran dalam serangan udara besar-besaran melibatkan 574 dron dan 40 peluru berpandu yang menyasarkan wilayah barat negara tersebut.
Zelenskiy menyifatkan serangan terhadap syarikat milik AS itu sebagai petunjuk jelas niat Rusia terhadap inisiatif keamanan yang dipimpin Washington.
Seramai 17 orang dilaporkan cedera, dengan sebahagian masih dirawat di hospital.
Beliau menegaskan kehadiran perniagaan Amerika di Ukraine amat penting dan kerajaan akan membantu pemulihan kilang itu secepat mungkin. -REUTERS