OSLO, 6 September – Rakyat Norway mula keluar mengundi pada Ahad dan Isnin bagi memilih parlimen baharu dalam saingan sengit antara blok kiri yang dipimpin Parti Buruh dengan blok kanan didominasi Parti Kemajuan serta Parti Konservatif.
Isu utama kempen kali ini melibatkan kos sara hidup, percukaian dan perkhidmatan awam, selain pengurusan dana kekayaan berdaulat negara bernilai AS$2 trilion.
Penganalisis menjangka faktor geopolitik turut mempengaruhi pengundi, khususnya berkaitan perang Rusia-Ukraine dan kebangkitan semula Donald Trump di Amerika Syarikat.
Perdana Menteri, Jonas Gahr Stoere dari Parti Buruh dilihat mendapat kelebihan melalui langkah melantik semula bekas Ketua NATO, Jens Stoltenberg, sebagai Menteri Kewangan pada Februari lalu.
Parti Buruh dijangka memperoleh 26.5 peratus undi, sekali gus menjadi parti terbesar.
Di pihak kanan, Parti Kemajuan pimpinan Sylvi Listhaug kini mencatat 22 peratus undi, mendahului Parti Konservatif yang hanya meraih 14.5 peratus.
Namun, keputusan akhir dijangka bergantung kepada lima parti kecil termasuk Parti Hijau yang mencatat lonjakan sokongan melebihi 7 peratus.
Isu antarabangsa seperti perang di Gaza dan perubahan iklim turut dijangka mempengaruhi pilihan pengundi kali ini. -REUTERS