KIEV, 27 Ogos – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menyatakan bahawa Turkiye, negara-negara Teluk atau negara di Eropah berpotensi menjadi tuan rumah bagi rundingan dengan Rusia.
Zelenskiy berkata usaha tersebut kini banyak bergantung kepada Amerika Syarikat untuk memberi tekanan kepada Moscow.
Kenyataan itu dibuat ketika Ketua Staf Zelenskiy, Andriy Yermak, memaklumkan beliau bersama Ketua Majlis Keselamatan Negara Ukraine kini berada di Qatar bagi mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan negara berkenaan.
Sebelum ini, Zelenskiy menyuarakan kesediaan untuk mengadakan rundingan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, namun Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, menegaskan sehingga kini belum ada sebarang agenda ditetapkan untuk pertemuan tersebut. -REUTERS