fb fb fb fb fb

China-Arab Saudi selaras BRI dengan Wawasan 2030

Foto Reuters

BEIJING, 27 Ogos – China dan Arab Saudi mengadakan dialog strategik peringkat tinggi di Beijing bagi menyelaras Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Wawasan 2030 Arab Saudi.

Pengerusi Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT), Ren Hongbin berkata integrasi kedua-dua visi itu mengukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, dengan nilai dagangan dua hala mencecah AS$53.9 bilion pada separuh pertama 2025.

Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid Al-Falih menegaskan kedua-dua negara berkongsi aspirasi pertumbuhan yang sama, termasuk dalam sektor inovasi, tenaga hijau, pembuatan serta ekonomi digital.

Kedua-dua pihak percaya penyelarasan BRI dan Wawasan 2030 akan membawa pertumbuhan jangka panjang yang mampan, sekali gus menjadi model kerjasama antara inisiatif global dan strategi nasional. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN