UZHHOROD, 5 September – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa di Uzhhorod.
Dalam kenyataan bertulis di media sosial, Zelenskiy memaklumkan pertemuan itu turut membincangkan proses kemasukan Ukraine ke Kesatuan Eropah serta dasar sekatan terhadap Rusia.
Ukraine yang berdepan pencerobohan berskala penuh oleh Rusia sejak Februari 2022, terus menggesa negara lain menghentikan pembelian minyak dari Moscow bagi mengekang sumber kewangan untuk peperangan.
Zelenskiy dijadualkan bertemu Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico selepas itu bagi membincangkan isu berkaitan tenaga. -REUTERS