fb fb fb fb fb

Nepal sekat akses Facebook dan Instagram gagal daftar dengan pihak berkuasa

Foto Hiasan / Reuters

KATHMANDU, 5 September – Nepal menyekat akses ke beberapa platform media sosial termasuk Facebook dan Instagram selepas syarikat terbabit gagal mendaftar dengan pihak berkuasa, dalam usaha kerajaan membanteras salah guna dalam talian.

Kerajaan memaklumkan, pengguna dengan akaun palsu dikesan menyebarkan kebencian, khabar angin serta melakukan jenayah siber yang menjejaskan keharmonian sosial di negara itu, yang mana 90 peratus daripada 30 juta penduduknya menggunakan internet.

Syarikat terlibat sebelum ini diberi tempoh sehingga Rabu (3 September) untuk mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat serta menamakan wakil tempatan, pengendali aduan dan individu bertanggungjawab terhadap kawal selia kendiri – atau berdepan sekatan.

Menurut seorang pegawai kementerian komunikasi, platform seperti TikTok, Viber, WeTalk, Nimbuzz dan Poppo Live telah mendaftar, manakala Facebook masih gagal berbuat demikian.

Meta, syarikat induk kepada Facebook, WhatsApp dan Instagram, setakat ini belum memberikan sebarang maklum balas berhubung isu tersebut. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN