fb fb fb fb fb

15 maut, 18 cedera bas terhumban ke gaung di Sri Lanka

Foto Reuters

COLOMBO, 5 September – Sekurang-kurangnya 15 orang maut manakala 18 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa lebih 30 penumpang terbabas sebelum terhumban kira-kira 500 meter ke cerun bukit di kawasan berbukit Sri Lanka tengah.

Bas berkenaan dilaporkan membawa pekerja majlis perbandaran dari bandar pantai selatan Tangalle yang dalam perjalanan pulang daripada lawatan ke Ella, sebuah bandar kecil kira-kira 200 kilometer di timur Colombo.

Menurut seorang mangsa yang terselamat, pemandu sempat menjerit bahawa brek kenderaan gagal berfungsi sebelum tragedi berlaku.

Operasi menyelamat dijalankan penduduk kampung berhampiran dengan bantuan hampir 200 anggota tentera.

Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berdekatan, dengan beberapa dilaporkan dalam keadaan kritikal, menurut laporan media tempatan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN