fb fb fb fb fb

Trump dakwa India dan Rusia ‘hilang’ kepada China

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump / Foto Reuters

WASHINGTON, 5 September – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa India dan Rusia kini kelihatan “hilang” kepada China, susulan mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin, Beijing minggu ini yang menghimpunkan lebih 20 pemimpin negara bukan Barat.

“Nampaknya kita telah kehilangan India dan Rusia kepada China yang paling gelap dan dalam. Semoga mereka mempunyai masa depan yang panjang dan makmur bersama!” tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri India, Narendra Modi dilihat berpegangan tangan sambil menuju ke arah Presiden China, Xi Jinping, sebelum ketiga-tiganya berdiri bersama di sidang kemuncak tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar India enggan mengulas mengenai kenyataan Trump, manakala Beijing dan Moscow belum memberi sebarang maklum balas.

Hubungan mesra Modi dengan Beijing muncul ketika hubungan Washington-New Delhi tegang akibat isu perdagangan dan pertikaian lain. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN