BANGKOK, 5 September – Parlimen Thailand pada Jumaat memilih Anutin Charnvirakul sebagai Perdana Menteri baharu, sekali gus menamatkan seminggu kekacauan politik selepas bekas Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra disingkirkan oleh mahkamah minggu lalu.
Pemilihan itu menyaksikan Anutin menewaskan pencabar dari parti keluarga Shinawatra yang pernah dominan dalam politik Thailand.
“Masa untuk perubahan,” kata Mondok Nakawatin, 77, seorang penduduk tempatan yang mengikuti perkembangan politik negara itu dengan dekat.
Kemenangan Anutin tercapai hasil pakatan dengan parti pembangkang progresif, Parti Rakyat, yang memiliki kerusi terbesar di Parlimen.
Sebagai balasan, Anutin berjanji akan mengadakan referendum bagi meminda perlembagaan serta memanggil pilihan raya dalam tempoh empat bulan. -REUTERS