SEOUL, 26 Disember - Pendakwa raya khas Korea Selatan memohon agar bekas Presiden, Yoon Suk Yeol dikenakan hukuman 10 tahun penjara atas tuduhan salah guna kuasa untuk menggunakan undang-undang tentera.
Agensi Berita Yonhap melaporkan, Pendakwa Raya menuduh presiden yang digulingkan tersebut cuba menghalang penyiasat daripada menangkapnya pada bulan Januari dengan mengurung diri dalam perkarangan pejabat Presiden.
Permintaan tersebut merupakan hukuman penjara pertama yang dituntut oleh pendakwa raya khas atas pelbagai tuduhan yang dihadapi Yoon.
Keputusan akhir akan dinyatakan mahkamah pada 16 Januari.