fb fb fb fb fb

15 cedera ditikam, dicurah cecair berbahaya

Serangan ke atas pekerja kilang di bandar Mishima diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh.-Foto Reuters

MISHIMA, 26 Disember - 15 individu dilaporkan cedera selepas seorang lelaki menyerang pekerja kilang Yokohama Rubber Company di bandar Mishima, Wilayah Shizuoka menggunakan pisau dan cecair berbahaya.

Menurut media tempatan, NHK, penyerang turut mencurah cecair yang belum dikenalpasti ke arah pekerja kilang berkenaan.

Ketika ditahan, lelaki berusia 38 tahun berkenaan memakai topeng gas.

Polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai cubaan bunuh.

Mangsa yang cedera, lapan individu ditikam dengan pisau, manakala enam yang lain dipercayai terkena cecair yang dicurah ke atas mereka.

Ke semua mangsa sedang dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD