KIEV, 26 Disember - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky akan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump minggu ini untuk menyambung perbincangan bagi menamatkan perang dengan Rusia.
Jelas Zelensky, antara yang akan dibincangkan adalah dokumen-dokumen berkaitan dan jaminan keselamatan.
Termasuk, perihal wilayah Donbas dan loji kuasa nuklear Zaporizhzhia.
Tambahnya, pusingan terbaharu rundingan AS-Ukraine menghasilkan pelan 20 perkara untuk menamatkan perang dan ia telah dihantar ke Moscow.
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang tidak dipersejutui antara Kiev dan Washington.
Moscow dalam pada itu tetap dengan pendiriannya, mahu Ukraine berundur sepenuhnya dari wilayah timur Donbas dan menarik balik hasrat untuk menyertai NATO.
Kremlin turut menuntut larangan ke atas negara-negara Barat untuk menghantar tentera mereka sebagai pasukan pengaman di Kiev dan menamatkan sekatan politik serta ketenteraan.
Ukraine tidak berhubung secara terus dengan Rusia, sebaliknya menerusi AS sebagai pihak perantara dan kini menanti maklum balas dari Moscow.-AFP