fb fb fb fb fb

Israel rasmi iktiraf Somaliland sebagai negara berdaulat

Foto AFP

BAITULMAQDIS, 27 Disember - Israel pada Jumaat mengiktiraf Somaliland sebagai negara merdeka dan berdaulat, serta menandatangani perjanjian menubuhkan hubungan diplomatik.

Presiden Somaliland, Abdirahman Mohamed Abdullahi, menyifatkan langkah Israel itu sebagai permulaan perkongsian strategik dan menegaskan kesiapan wilayah itu menyertai Perjanjian Abraham.

Israel menjadi negara pertama mengiktiraf Somaliland sejak wilayah itu mengisytiharkan kemerdekaan daripada Somalia pada 1991.

Netanyahu turut menjemput Abdullahi untuk lawatan rasmi ke Israel.

Sementara itu, Turkiye, sekutu rapat Somalia, mengecam langkah Israel sebagai campur tangan dalam urusan dalaman Somalia.

Mesir pula menegaskan sokongan penuh terhadap kesatuan, kedaulatan dan integriti wilayah Somalia, dan menolak sebarang tindakan unilateral yang boleh menjejaskan negara itu.

Somaliland memiliki kedudukan strategik di Teluk Aden, dengan mata wang, pasport dan tentera sendiri, namun menghadapi dekad pengasingan antarabangsa sejak pengisytiharan kemerdekaan, menyukarkan akses kepada pinjaman, bantuan dan pelaburan luar.

Penganalisis menegaskan pengiktirafan Israel dipacu faktor strategik, termasuk kepentingan di Laut Merah dan kemungkinan operasi berkaitan konflik di Yaman.

Israel turut berharap hubungan ini memberi akses operasi berdekatan zon konflik serta potensi kerjasama ekonomi.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH