DHAKA, 26 Disember - Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala belasan lagi cedera dalam pertembungan melibatkan dua feri penumpang akibat kabus tebal di Sungai Meghna di daerah Chandpur, Bangladesh, kira-kira 115 kilometer ke tenggara ibu negara Dhaka.
Timbalan Pesuruhjaya dan Majistret Daerah Chandpur, Md Nazmul Islam Sarker, berkata, kebanyakan penumpang sedang tidur ketika kejadian berlaku.
Beberapa saksi memberitahu saluran televisyen tempatan bahawa kedua-dua feri itu membawa ratusan penumpang, dengan ramai yang terperangkap di dalam kabin masing-masing.- BERNAMA