fb fb fb fb fb

Xiomara presiden wanita pertama Honduras

FOTO AFP

TEGUCIGALPA 28 Januari- Pemimpin berhaluan kiri, Xiomara Castro mengangkat sumpah pada Khamis sebagai presiden wanita pertama Honduras, berikrar untuk memperbaharui situasi negara yang teruk dilanda kemiskinan dan angka jenayah yang tinggi.

Castro, 62 tahun, mengangkat sumpah pada majlis besar-besaran yang dihadiri orang kenamaan antarabangsa selepas seminggu pertelingkahan dalaman dalam parti Librenya.

Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris antara pemimpin dunia yang menghadiri upacara mengangkat sumpah itu.

Dalam ucapan rasmi pertamanya di Stadium Nasional Tegucigalpa, Castro mengecam "tragedi sosial dan ekonomi yang dihadapi Honduras" dan berjanji akan berusaha untuk meningkatkan taraf pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan dan pekerjaan.

Dia berkata walaupun mewarisi sebuah negara "muflis", dia berhasrat untuk membentuk semula negara itu menjadi "negara sosialis dan demokratik."

Hutang awam Honduras adalah kira-kira AS$17 bilion. -AFP

Media Baharu