FOTO AFP
SAN FRANCISCO, 28 Januari- Apple melaporkan rekod pendapatan suku tahunan AS$124 bilion pada hari Khamis, disokong keuntungan dalam penjualan iPhone di tengah-tengah peralihan syarikat itu kepada perkhidmatan digital dan peranti boleh dipakai.
"Kami mencatat rekod tetinggi merentasi semua semua kategori produk kecuali iPad," kata Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook.
Jualan telefon pintar mencecah AS$71 bilion, disokong oleh permintaan kukuh untuk barisan iPhone 13, terutamanya di China.
Secara keseluruhan, gergasi teknologi itu mencatatkan keuntungan bersih AS$34.6 bilion pada suku pertamanya, berbanding AS$28.7 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Apple turut mengalami masalah kekurangan semikonduktor, bahan fizikal yang direka untuk mengurus dan mengendalikan arus dalam peranti elektronik sekaligus mengganggu proses pengeluaran produknya.
Kemarau semikonduktor disebabkan oleh gabungan faktor termasuk lonjakan permintaan selepas pandemik Covid-19 dan gangguan berkaitan virus di negara pembuat cip telah menjejaskan industri di seluruh dunia.
Di sebalik ketidaktentuan pada masa ini, Apple menjadi syarikat Amerika Syarikat pertama yang mencecah nilai pasaran AS$3 trilion.-AFP