fb fb fb fb fb

Xi Jinping tekankan multilateralisme sebagai asas keamanan dunia

Xi Jinping, Presiden China berucap pada Sidang Kemuncak BRICS secara maya / Foto REUTERS

BRAZIL, 9 September- Presiden China, Xi Jinping menegaskan, multilateralisme merupakan asas penting kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Beliau menyatakannya ketika berucap pada Sidang Kemuncak BRICS secara maya, semalam.

Xi yang menyertai sidang itu melalui pautan video dari Beijing berkata, multilateralisme adalah aspirasi bersama manusia dan trend utama pada zaman ini.

Beliau menekankan keperluan memperkukuh sistem tadbir urus global yang lebih adil dan saksama melalui Inisiatif Tadbir Urus Global yang dicadangkannya.

“Kita harus berpegang kepada prinsip perundingan meluas, sumbangan bersama dan manfaat bersama.

Selain, mempertahankan sistem antarabangsa dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai teras dan undang-undang antarabangsa sebagai asas,” katanya.

Tambah beliau, demokrasi dalam hubungan antarabangsa perlu diperkasa dengan meningkatkan representasi serta suara negara-negara Global Selatan dalam sistem tadbir urus global.

Sidang maya itu dipengerusikan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Ia disertai Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa; Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Turut serta, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto; Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan serta wakil India dan Ethiopia. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN