fb fb fb fb fb

Terminal Lapangan Terbang Heathrow ditutup susulan insiden bahan berbahaya

Foto arkib

LONDON, 9 September- Terminal 4 Lapangan Terbang Heathrow terpaksa ditutup dan dikosongkan pada malam Isnin susulan insiden melibatkan bahan berbahaya.

Menurut pengendali lapangan terbang itu, penumpang dinasihatkan supaya tidak pergi ke terminal berkenaan buat sementara waktu.

Briged Bomba London dalam kenyataan dipetik BBC berkata, pasukan khas telah digerakkan untuk menilai keadaan di lokasi.

Sebahagian kawasan lapangan terbang dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sementara itu, Rangkaian Rel Kebangsaan UK memaklumkan, tren tidak berhenti di Terminal 4 susulan insiden itu.

Heathrow dalam kenyataan menegaskan, semua terminal lain beroperasi seperti biasa. -AFP

FARIS IZZAT SHAHARUDIN