fb fb fb fb fb

WHO rancang lakukan pemindahan pesakit di tiga hospital Gaza

Orang ramai membantu rakyat Palestin yang cedera di Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza/ REUTERS

GENEVA, 21 November- Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia hari ini berkata bahawa tiga hospital di Gaza yang dikepung Israel telah meminta bantuan bagi memindahkan pesakit dan perancangan telah dimulakan.

Hospital telah diserang dalam konflik Israel-Hamas dan semua hospital di bahagian utara enklaf itu telah berhenti berfungsi secara normal, walaupun terus menempatkan beberapa pesakit yang tidak dapat melarikan diri dan memindahkan penduduk Gaza.

Jurucakap WHO Christian Lindmeier berkata pemindahan adalah pilihan terakhir.

"Ia menjejaskan seluruh penduduk di utara untuk mendapatkan (penjagaan) kesihatan," katanya pada taklimat akhbar Geneva.

Tiga hospital itu ialah Al Shifa, di mana sekumpulan bayi telah pun diselamatkan, Hospital Indonesia dan Hospital Al Ahli, katanya.

"Setakat ini ia hanya dalam peringkat perancangan tanpa butiran lanjut," tambahnya.

Pada taklimat yang sama, agensi kanak-kanak PBB (Unicef) memberi amaran tentang risiko "wabak penyakit besar-besaran" yang boleh menyebabkan kadar kematian kanak-kanak meningkat di kawasan padat penduduk di mana ribuan orang berada di tempat perlindungan yang sesak.

“Jika akses kanak-kanak kepada air dan sanitasi di Gaza terus dihadkan dan tidak mencukupi, kita akan melihat lonjakan tragis – namun boleh dielakkan sepenuhnya – dalam jumlah kanak-kanak yang mati,” kata jurucakap UNICEF, James Elder. - REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI