fb fb fb fb fb

12 maut dalam kemalangan bas di Mexico

FOTO www.tide-forecast.com

COATZACOALCOS, 22 November - Sekurang-kurang 12 orang dikhuatiri maut sementara 58 yang lain cedera selepas sebuah bas terbalik di sebuah lebuh raya di negeri Veracruz, selatan Mexico, kata kerajaan negeri berkenaan.

Insiden kemalangan itu yang berlaku pada Selasa di sebuah lebuh raya yang menghubungkan bandar La Tinaja dan Acayucan kata pihak berkuasa di media sosial.

Sementara itu, sumber daripada Pusat Keselamatan Kebangsaan Mexico memberitahu AFP, kemalangan tersebut berpunca daripada kesilapan pemandu.

Kerajaan negeri Veracruz berkata perkhidmatan kecemasan secara besar-besaran telah ditubuhkan susulan kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, puluhan penumpang yang cedera dibawa ke hospital berdekatan termasuk tujuh mangsa yang mengalami kecederaan parah.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD