GAZA, 22 November - Kerajaan Zionis Israel dan Hamas mencapai persetujuan bagi bagi pemberhentian sementara perang selama empat hari bagi membolehkan pertukaran 50 tebusan di Gaza dan 150 rakyat Palestin yang dipenjarakan di Israel.
Selain itu, persetujuan itu juga membolehkan bantuan kemanusiaan dapat memasuki kawasan konflik.
Merujuk laporan portal Al-Jazeera pula, persetujuan berkenaan adalah hasil rundingan yang dirintis oleh kerajaan Qatar yang bertindak menjadi perantara kepada kedua-dua pihak.
Tambah laporan tersebut, rakyat warga asing tidak termasuk dalam perjanjian pertukaran berkenaan-REUTERS