fb fb fb fb fb

WHO pindahkan 1,000 wanita, kanak-kanak Gaza untuk rawatan

Foto AFP

COPENHAGEN, 21 Oktober - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memindahkan wanita dan kanak-kanak Gaza yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Sekurang-kurang 1,000 wanita dan kanak-kanak memerlukan rawatan segera akan dipindahkan tidak lama lagi dari Gaza ke Eropah.

Komitmen itu disuarakan Pengarah WHO bagi rantau Eropah, Hans Kluge dalam temu bual dengan AFP.

Beliau berkata pemindahan itu akan dipermudahkan oleh WHO dan negara-negara Eropah yang terlibat.

Pada Khamis, penyiasat PBB berkata Israel sengaja menyasarkan kemudahan kesihatan di Gaza dan membunuh serta menyeksa kakitangan perubatan di sana.

Wakil WHO di wilayah Palestin, Rik Peeperkorn berkata pada Mei kira-kira 10,000 orang dipindah dari Gaza untuk menerima rawatan perubatan segera.-AFP

Trainee2