BEIRUT, 21 Oktober - Amerika Syarikat mahu perang Israel-Hizbullah ditamatkan segera.
Selain, mendesak penguatkuasaan resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan.
Utusan Amerika Syarikat, Amos Hochstein mengadakan perbincangan dengan speaker parlimen Nabih Berri, di ibu negara Lubnan.
Ia dalam usaha untuk menamatkan perang yang telah mengorbankan lebih 1,470 orang di Lubnan.
Hochstein berkata resolusi PBB 1701 perlu menjadi asas untuk gencatan senjata baharu, pihak-pihak yang bertelagah tidak melakukan langkah secukupnya untuk melaksanakan usaha itu.
"Komitmen kami ada adalah untuk menyelesaikan konflik ini adalah berdasarkan 1701, itulah penyelesaiannya," kata Hochstein kepada pemberita.
Di bawah resolusi 1701, hanya tentera Lubnan dan pasukan pengaman PBB UNIFIL sepatutnya dapat ditempatkan di kawasan selatan Sungai Litani, Lubnan berhampiran sempadan Israel.-AFP