fb fb fb fb fb

WHO lulus perjanjian global baharu tingkatkan kesiapsiagaan pandemik

124 negara sokong perjanjian global WHO bagi persediaan pandemik. Foto REUTERS

GENEVA, 19 Mei – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini meluluskan satu perjanjian global baharu bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi pandemik pada masa hadapan, selepas mendapat sokongan majoriti daripada negara anggotanya dalam undian yang diadakan semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia.

Sebanyak 124 negara mengundi menyokong perjanjian berkenaan, yang dilihat sebagai satu langkah penting ke arah kerjasama global dalam menangani ancaman kesihatan sejagat.

Undian itu diadakan atas permintaan Slovakia, susulan gesaan perdana menterinya yang meragui vaksin COVID-19 dan mahu negaranya mencabar penerimaan perjanjian berkenaan

Tiada negara yang menolak perjanjian tersebut, namun 11 negara termasuk Poland, Israel, Itali, Rusia, Slovakia dan Iran mengambil keputusan untuk berkecuali.

Walaupun mendapat kelulusan, perjanjian itu belum dikuatkuasakan sepenuhnya sehingga satu lampiran penting berkaitan perkongsian patogen dirundingkan.

Proses rundingan itu dijangka mengambil masa sehingga dua tahun.

Perjanjian tersebut adalah hasil daripada rundingan selama tiga tahun, dan dianggap oleh penganalisis sebagai satu kejayaan dalam usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa - terutamanya ketika organisasi seperti WHO berdepan cabaran kewangan akibat pengurangan dana luar, termasuk dari Amerika Syarikat. - REUTERS

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI