fb fb fb fb fb

WHO keluarkan amaran sirap ubat batuk tercemar buatan India

FOTO REUTERS

NEW DELHI, 27 April- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai sirap ubat batuk buatan India, yang mengandungi Dietilena glikol dan Etilena glikol.

Satu penghantaran sirap ubat batuk yang tercemar itu ditemui di Kepulauan Marshal dan Micronesia.

Berdasarkan sampel ubat batuk sirap jenis Guaifenesin TG dari kepulauan itu didapati mengandungi jumlah Dietilena glikol dan Etilena glikol, yang tidak boleh diterima.

Guaifenesin TG digunakan untuk melegakan kesesakan pada dada dan gejala batuk.

Bagaimanapun, Badan kesihatan global itu tidak memaklumkan pengambilan ubat batuk itu akan menyebabkan individu jatuh sakit.

Amaran baharu itu dikeluarkan selepas WHO mengaitkan sirap ubat batuk jenama lain yang dikeluarkan di India dengan kematian kanak-kanak di Gambia dan Uzbekistan.- REUTERS


(Foto Hiasan)

Media Baharu