fb fb fb fb fb

Singapura naikkan ABSD hartanah kediaman kepada 60%

FOTO AFP

SINGAPURA, 27 April- Singapura menetapkan pembayaran sebanyak 60% Duti Setem Pembeli Tambahan (ABSD) terhadap warga asing yang mahu membeli hartanah kediaman di negara seberang tambak itu.

Tarif yang dinaikkan daripada 30% sebelum ini, berkuat kuasa hari ini.

Kerajaan Singapura mengambil langkah terbaharu itu bagi mengawal harga hartanah.

Rakyat tempatan yang mahu membeli hartanah kediaman kedua pula, perlu membayar kadar ABSD sebanyak 20 peratus iaitu kenaikan 17%.

Bagi warga Singapura yang merancang membeli hartanah kediaman ketiga dan seterusnya pula perlu membayar kadar baharu 30 % berbanding 25% sebelum ini.

Kadar 30% diumumkan kerajaan itu turut diguna pakai kepada penduduk tetap (PR) yang membeli hartanah kediaman kedua mereka.

Menurut pihak berkuasa Singapura, sekiranya tidak dikawal, harga boleh melebihi asas ekonomi dengan risiko kenaikan harga yang berterusan berbanding pendapatan.- REUTERS


(FOTO AFP)

 

Media Baharu