fb fb fb fb fb

WHO gesa semua negara dedah maklumat asal-usul COVID-19

(Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan mana-mana negara perlu mendedahkan
maklumat berkenaan kerana ia penting kepada komuniti saintifik antarabangsa/)

GENEVA, 4 Mac- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa semua negara mendedahkan maklumat yang diketahui mengenai asal-usul COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan mana-mana negara perlu mendedahkan maklumat berkenaan kerana ia penting kepada komuniti saintifik antarabangsa.

Pada 2021, WHO menubuhkan Kumpulan Penasihat Saintifik Patogen Baharu (SAGO) untuk menyiasat asal usul pandemik itu.

Ia susulan tindakan Amerika Syarikat mendakwa virus mait itu berpunca daripada makmal China.

Bagaimanapun pihak berkuasa China menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai kempen memburukkan China.

Tedros turut memaklumkan WHO masih berterusan menggesa China supaya lebih telus dalam perkongsian data dan menjalankan siasatan yang diperlukan serta berkongsi hasilnya. -AFP

(WHO gesa semua negara dedah maklumat asal-usul COVID-19)

Media Baharu