GENEVA, 7 April- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa China untuk berkongsi maklumatnya tentang asal-usul COVID-19, selepas tiga tahun kewujudan virus tersebut.
"Tanpa akses penuh kepada maklumat yang China miliki, anda tidak boleh mengatakan ini atau itu," kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus ketika menjawab soalan mengenai asal usul virus itu.
"Semua hipotesis ada di atas meja. Itulah pendirian WHO dan itulah sebabnya kami meminta China untuk bekerjasama dalam perkara ini", katanya.
"Jika mereka akan berbuat demikian maka kita akan tahu apa yang berlaku atau bagaimana ia bermula," tambahnya.
(Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus)
Virus itu mula dikenal pasti di bandar Wuhan di China pada Disember 2019. Ramai yang mengesyaki pasaran haiwan hidup terlibat, sebelum merebak ke seluruh dunia dan membunuh hampir 7 juta orang setakat ini.
Data awal pandemik COVID-19, yang dimuat naik secara ringkas ke pangkalan data oleh saintis China, memberikan maklumat tentang asal-usulnya, termasuk mencadangkan peranan anjing rakun dalam coronavirus menjangkau manusia, kata penyelidik antarabangsa.
Ketua teknikal WHO untuk COVID-19, Dr. Maria Van Kerkhove berkata maklumat terkini, China menawarkan beberapa "petunjuk" tentang asal usul tetapi tiada jawapan.
Beliau berkata WHO kini bekerjasama dengan saintis untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kes terawal dari 2019 seperti di mana mereka yang dijangkiti.
Tambahnya, WHO masih tidak tahu sama ada beberapa penyelidikan yang diperlukan telah dijalankan di China.
"WHO juga telah meminta Amerika Syarikat untuk data asal yang menyokong kajian terbaru oleh Jabatan Tenaga Amerika Syarikat yang mencadangkan kebocoran makmal di China berkemungkinan menyebabkan pandemik COVID-19, katanya.-REUTERS