fb fb fb fb fb

WHO gesa berhati-hati selepas anjing dijangkiti cacar monyet

(Pesakit menunjukkan kudis yang disebabkan oleh jangkitan cacar monyet
di kawasan pengasingan, Hospital Arzobispo Loayza, Lima/AFP)

GENEVA, 18 Ogos- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesa pesakit cacar monyet tidak mendedahkan haiwan peliharaan mereka terhadap virus berkenaan.

Gesaan itu dikeluarkan susulan penemuan kes pertama penularan daripada manusia kepada anjing, seperti dilaporkan dalam jurnal "The Lancet", minggu lalu.

Kes pertama penularan cacar monyet dari manusia ke anjing itu membabitkan dua lelaki dan anjing 'greyhound Itali' yang tinggal bersama mereka di Paris.

Menurut Pengarah Teknikal WHO, Rosamund Lewis, pakar menyedari bahawa risiko jangkitan seperti itu boleh berlaku.


(WHO gesa pesakit cacar monyet tidak mendedahkan haiwan
peliharaan mereka terhadap virus berkenaan/AFP)

"Ini adalah kes pertama yang dilaporkan membabitkan penularan virus itu membabitkan manusia ke haiwan... dan kami percaya ia adalah contoh pertama seekor anjing dijangkiti," kata Ketua Teknikal WHO, Rosamund Lewis.

Pesakit disaran mengasingkan diri dengan haiwan peliharaan mereka dan memastikan sisa kritikal diurus dengan baik.

Beliau berkata, 'pengurusan sisa adalah kritikal' untuk mengurangkan risiko virus itu boleh menjangkiti tikus dan haiwan lain di luar rumah.-AFP

 

Media Baharu