fb fb fb fb fb

23 Maut terlibat nahas bas di Maghribi

(FOTO AFP)

RABAT, 18 Ogos- Seramai 23 orang maut, manakala seramai 36 yang lain cedera dalam satu nahas bas di timur ibu negara Maghribi, Casablanca.

Pengarah Kesihatan Wilayah, Rochdi Kaddar mengesahkan perkara itu. Ia merupakan kemalangan ngeri yang meragut banyak nyawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bas yang sarat dengan penumpang itu terbalik di selekoh lebuh raya di wilayah Khouribga.


(Pasukan keselamatan berkumpul di lokasi kejadian nahas bas
di timur ibu kota Maghribi, Casablanca/AFP) 

Bas tersebut dalam perjalanan dari Casablanca ke kawasan luar bandar, Ait Attab, berhampiran bandar Beni Mellal di kaki pergunungan High Atlas.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital di Khouribga dan punca kejadian sedang disiasat.

Kemalangan jalan raya, selalunya membawa maut, agak kerap berlaku di Maghribi dan negara di Afrika Utara yang lain.

Menurut Agensi Keselamatan Jalanraya Kebangsaan, purata 3,500 kematian dan 12,000 kecederaan setiap tahun dengan purata 10 kematian direkodkan setiap hari di Maghribi.-AFP

Media Baharu