fb fb fb fb fb

White House nafi Biden terima rawatan untuk Parkinson

FOTO AFP

WASHINGTON, 9 Julai- White House menafikan Presiden AS Joe Biden, sedang menerima rawatan akibat Parkinson.

Jurucakapnya pada Isnin memaklumkan, Biden tidak dirawat untuk penyakit Parkinson.

Ia selepas laporan bahawa seorang pakar dalam keadaan itu melawat White House sebanyak lapan kali.

"Adakah Presiden telah dirawat untuk Parkinson? Tidak. Adakah dia dirawat untuk Parkinson? Tidak, dia tidak.

"Adakah dia mengambil ubat untuk Parkinson? Tidak," Setiausaha Akhbar Karine Jean-Pierre memberitahu dalam satu taklimat media.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab soalan mengenai lawatan doktor pakar tersebut ke kompleks White House.

Rekod yang boleh diakses oleh orang ramai di laman sesawang White House, menunjukkan Dr Kevin Cannard, pakar neurologi mengunjungi Whote House sebanyak lapan kali dari Ogos 2023 hingga Mac tahun ini.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE