BRASILIA,9 Julai-Brazil telah melaksanakan perjanjian perdagangan bebas dengan Palestin yang telah menunggu raktifikasi selama lebih satu dekad sebagai tanda sokongan kepada perjuangan memerdekakan Palestin.
“Perjanjian itu adalah sumbangan kepada negara Palestin yang berdaya maju dari segi ekonomi, yang boleh hidup aman dan harmoni dengan jirannya,” kata kementerian luar Brazil pada Isnin dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menjelaskan Brazil mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan membenarkan kedutaan Palestin dibina di ibu negara Brazil pada 2010.
Kenyataan itu juga mengesahkan perjanjian berkenaan pada Jumaat di antara blok perdagangan Mercosur Amerika Selatan dan Pihak Berkuasa Palestin yang telah ditandatangani pada 2011.
Namun, tidak jelas sama ada ahli-ahli anggota blok perdagangan Mercosur melakukan perkara yang sama.
Sementara itu, wakil Kedutaan Palestin di Brasilia, Ibrahim Al Zeben menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Brazil adalah langkah yang sangat berani dan tepat pada masanya.
"Ini merupakan cara yang efektif untuk menyokong kemanan di Palestin", kata Ibrahim menerusi satu mesej yang dihantar ke Reuters dan berharap hubungan perdagangan di antara Mercosur dan Palestin yang bernila AS$32 juta setahun akan berkembang.-REUTERS