fb fb fb fb fb

Penebangan hutan di Colombia pada 2023 merosot 36 peratus

Foto REUTERS

BOGOTA, 9 Julai-Aktiviti penebangan hutan di Colombia merosot kepada 36 peratus tahun 2023 sekali gus merupakan paras terendah dalam tempoh 23 tahun.

Penurunan peratusan aktiviti berkenaan disebabkan oleh kemerosotan kemusnahan alam sekitar di wilayah Amazon, kata Kementerian Alam sekitar Colombia pada Isnin.

Kementerian Alam sekitar Colombia turut menededahkan penebangan hutan di peringkat nasional berkurangan kepada lebih 792 kilometer persegi atau 305 batu persegi tahun lepas turun daripada sekitar 1,235 kilometer persegi pada 2022, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Colombia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian benda-benda hidup dan merupakan rumah kepada beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan. Walau bagaimanapun, seperti tempat lain, ia kehilangan sebahagian besar hutan kepada penebangan hutan setiap tahun.

Presiden Colombia, Gustavo Petro yang dianggap berhaluan kiri berkata ia mengutamakan perlindungan alam sekitar negara berkenaan dan telah menyeru negara kaya untuk membatalkan hutang asing sebagai pertukaran untuk memulihara kawasan seperti Amazon yang mampu memberi kemudaratan kepada perubahan iklim dunia sekiranya musnah.

"Ia benar-benar berita baik, tetapi kita tidak boleh mengatakan bahawa pertempuran itu telah dimenangi," kata Menteri Alam Sekitar Colombia, Susana Muhamad kepada wartawan di sini.

Kerajaan Colombia akan terus melancarkan rancangan termasuk menangani jenayah alam sekitar, mengukuhkan institusi dan bekerjasama dengan masyarakat untuk mencegah penebangan hutan, kata Muhamad.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD