fb fb fb fb fb

Lima askar India dibunuh militan di Kashmir

Foto REUTERS

NEW DELHI, 9 Julai-Lima tentera India terbunuh selepas diserang sekumpulan militan di wikayah Jammu Kashmir, kata Menteri Pertahanan India pada Selasa dalam siri serangan terbaharu yang menggemparkan wilayah berkenaan.

Keganasan militan telah mencemari Lembah Kashmir dan kawasan berhampiran sejak bermulanya pemberontakan pada 1989 yang mengorbankan puluhan ribu orang meskipun persengketaan telah berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam kejadian berkenaan, sekumpulan lelaki bersenjata dilaporkan melepaskan tembakan ke arah konvoi di daerah Kathua selepas menyerangnya dengan bom tangan, kata media pada Isnin.

Pihak tentera membalas tembakan dan menyebabkan kumpulan lelaki bersenjata itu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

Menteri Pertahanan Rajnath Singh menerusi satu hantaran di X mengucapkan takziah kepada keluarga anggota terlibat dan menegaskan pihaknya kini giat menjalankan operasi bagi memburu kumpulan militan tersebut.

"Operasi memerangi pengganas sedang dijalankan, dan pihak kami bertekad untuk membawa keamanan dan ketenteraman di rantau ini," katanya.

Kedua-dua negara, India dan Pakistan berkonflik dalam isu Kashmir namun melaksanakan pemerintahan dengan India menguasai wilayah Jammu yang dikuasai Hindu dan Lembah Kashmir yang dikuasai Muslim.

Pada bulan Jun, serangan militan di kawasan Jammu membunuh 12 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD