WASHINGTON, 21 Disember- White House bekerjasama dengan kerajaan Mexico untuk menyelesaikan isu yang menyebabkan pentadbiran Biden pada Isnin menutup dua persimpangan kereta api di sempadan Texas-Mexico yang digunakan susulan peningkatan bilangan pendatang untuk memasuki AS.
Berpuluh-puluh kumpulan petani AS semalam menggesa AS membuka semula lintasan itu kerana penutupan laluan perdagangan kereta api menyebabkan kerugian eksport yang tinggi kepada penanam AS.
Kumpulan ladang itu berkata agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan AS boleh membuka semula jambatan kereta api dengan sekurang-kurangnya lima pekerja setiap lintasan dan sebagai tanda bantahan terhadap agensi itu menutup laluan kereta api.
Jurucakap White House berkata semalam bahawa AS "bekerja rapat dengan kerajaan Mexico dalam usaha untuk menyelesaikan isu ini dan meningkatkan kakitangannya ke rantau itu."
"Kami berkomuniasi secara kerap dengan pemimpin industri untuk memastikan kami menilai dan mengurangkan kesan penutupan sementara ini," kata jurucakap itu.
White House juga mengulangi pendirian mereka bahawa pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS menutup kedua-dua lintasan itu untuk "menghentikan pergerakan pendatang yang datang dengan kereta api dan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan kakitangannya."- REUTERS