fb fb fb fb fb

White House gesa Israel buka lintasan sempadan Gaza-Rafah

Foto AFP

WASHINGTON, 8 Mei- Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre menggesa lintasan sempadan Gaza-Rafah dibuka bagi mempercepatkan pergerakan bantuan kemanusiaan.

Rejim zionis bertindak menutup lintasan sempadan Gaza-Rafah ketika rundingan gencatan senjata sedang berlangsung di Mesir.

Tentera Israel juga mengugut untuk melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran sekiranya rundingan gencatan senjata gagal memastikan pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas.

"Lintasan yang telah ditutup perlu dibuka semula, adalah tidak boleh diterima untuk ditutup," kata Jean-Pierre dalam satu taklimat.

"Kami percaya seberang sempadan Rafah harus dibuka semula dengan cepat untuk pergerakan bantuan kemanusiaan," tambahnya.

Katanya, Israel akan membuka semula satu lagi lintasan di Kerem Shalom, yang ditutup selepas serangan yang membunuh empat tentera Israel.

Amerika Syarikat, penyokong utama ketenteraan dan diplomatik Israel, telah berulang kali menyatakan ia menentang serangan besar di Rafah, yang menjadi lokasi perlindungan bagi 1.2 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Bagaimanapun, White House berkata Israel telah memberitahu bahawa operasi semasa adalah "skop, skala dan tempoh terhad."

"Apa yang kami telah diberitahu oleh rakan sejawatan Israel kami ialah operasi malam tadi adalah sedikit dan dilaksana mengurangkan keupayaan Hamas untuk membawa masuk senjata" ke Gaza," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby.

Dalam pada itu, Presiden Joe Biden enggan menjawab soalan mengenai rundingan gencatan senjata dan operasi di Rafah ketika dia bertemu rakan sejawatannya dari Romania di Pejabat Oval.

Israel melancarkan serangan balas yang telah membunuh sekurang-kurangnya 34,789 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza kendalian Hamas.-AFP

ROSLINA BINTI DIN