fb fb fb fb fb

Wartawan Mexico ditembak mati di bandar pelancongan Acapulco

(FOTO AFP)

MEXICO CITY, 16 Julai - Seorang wartawan Mexico ditembak mati di tempat letak kereta di bandar pelancongan selatan Acapulco, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

Ia adalah wartawan kedua yang dibunuh dalam masa seminggu.

Pejabat pendakwa negeri berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan ke atas pembunuhan Nelson Matus Pena kerana membunuh menggunakan senjata api, beberapa hari selepas seorang lagi wartawan ditemui mati di sebuah negara yang dianggap negara paling berbahaya di dunia untuk pengamal media.

(FOTO AFP)

Matus, pengarah saluran berita Lo Real de Guerrero, ditembak ketika dia masuk ke dalam keretanya.

"Matus telah bekerja sebagai wartawan selama 15 tahun, pakar dalam membuat liputan keganasan di negara itu," kata perwakilan Mexico untuk organisasi kebebasan akhbar Reporters Without Borders, Balbina Flores kepada AFP.

Menurut kumpulan itu, lebih 150 wartawan telah terbunuh di Mexico sejak tahun 2000 dalam serangan yang sering dikaitkan dengan kartel dadah.

Pada 8 Julai lalu, seorang wartawan ditemukan maut di barat Mexico.-AFP

Media Baharu